Saturday, 28 September 2013

Resepi Pavlova

Tk susah rupenyer nk buat pavlova nih...bahan2 yg digunakan pon tk banyak...tp mmg kena makan dgn buah yang banyak n sedikit masam so baru seimbang dgn rasanya yg agak manis...

Bahan2
4 biji telur ( ambil putih sahaja)
1 cup gula kastor
1/2 teaspoon vanilla @ penutup kecil vanilla pun boleh
2 sudu besar tepung jagung
1 tsp cream of tartar/cuka/lemon juice 
Buah-buahan - kiwi, strawberry, anggur (ikut selera)

Topping
1 cup whipping cream
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 teaspoon vanilla


Cara2
Pukul putih telur sampai kembang. 
Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.
Pukul sehingga bila cedok telur putih dan terbalikkan adunan tersebut tidak jatuh.
Masukkan tepung jagung dan esen vanilla, kacau cara balik kuap
Masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak dan ratakan bentukkan ikut selera.
Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama sejam. 
Bila dah masak biarkan dalam oven selama 20 minit.
Sapukan topping dan susun buah diatasnya.
Simpan sebentar didalam peti ais agar pavlova sejuk sblm dimakan.

Yg nih saya buat dlm bekas kecil so saya buat dua lapisan..




Friday, 27 September 2013

Resepi mee goreng

Disebabkn en husb bekerja pagi nih..so saya isikn kebosanan saya dengan berkongsi menu sarapan saya yang simple jer pagi nih... mee goreng sempoi...






Bahan2
1 peket mee kuning
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
2-3 sudu cili kisar (lebih pon bleh)
2 ketul daging ayam- qty ikot suke
8-10 biji daging meatball-qty ikot suke
1/2 cwn air (lebih kurang la)
1 biji telur ayam
3 sudu sos cili
5-6 sudu kicap mee
Sedikit taugeh dan sawi 
Garam secukup rasa

Cara2
1. Blender bahan bertanda (*)
2. Tumiskan bahan blender bersama cili kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging ayam dan meatball dan tumis sehingga daging masak. 
4. Tambahkan air agar tidak terlalu kering dan tunggu sehingga menggelegak.
5. Masukkan mee, sos cili dan kicap mee
6. Kemudian masukkan telur dan gaul rata sehingga sebati dan masak sempurna.
7. Perasakan dengan garam dan terus masukkan taugeh dan sawi dan tutup api dalam kadar segera   agar sayur tidak terlalu layu.






Petua agar kucing tak buang najis lagi dihalaman rumah anda

Saya dan anak-anak memang sukakan kucing...tp disebabkan saya nih malas nak uruskan kucing tambahan pulak nak kena handle 5 orang anak..so keinginan itu memang terpaksa saya ketepikan.

Malangnya...kucing2 kwsn rumah saya nih kadangkala meninggalkan sisa buangannya dihalaman (porch) rumah saya dan yang paling tak tahan di dalam paaaasuuuu bunga saya...huhuhuhu. Tapi alhamdulillah setelah dipraktikkan petua nih...najis kucing dh tak ada dah..mgkin la selang sebulan dua akan berulang kembali..so kena repeat semula petua nih.

Kalau berlaku dikwsn porch rumah...kita mesti basuh porch tuh dengan air kemudian basuh dengan pencuci lantai contohnya yang saya guna adalah fabuloso ataupon clorox atau klorin pon boleh... yang penting pencuci lantai tuh mesti mempunyai bau yg agak kuat. Setelah siap dibasuh saya letakkan lagi sedikit cecair pencuci lantai tuh betul2 diatas tempat najis tuh tadi tanpa dibilas..biarkan aje cecair pencuci lantai tuh kering disitu....sebabnya kucing sebelum buang najis dia...dia akan cari tempat yang ada bau najis dia...so bila kita dah hapuskan bau tuh ..mungkin dia akan beralih ke tempat lain.

Jika dalam pasu bunga pulak...kita boleh taburkan serbuk cili didalam pasu tersebut...namun baru2 ini disebabkan serbuk cili tk ada stok kt rumah...so saya taburkan aje serbuk kari...kikiki...Alhamdulillah ia tetap berkesan..so mgkin boleh tabur apa2 pon asalkan benda tuh berbau kuat jugak..tapi sebelum tabur pastikan anda buang dulu najis yang ada dalam pasu tuh tau...nnti tk berkesan pulak.

So kalau anda pon ada masalah macam nih....jgn lupa praktikkan petua nih yer....

Tuesday, 24 September 2013

Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Biodata Rasulullah S.A.W
- Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim
- Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
- Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
- Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyah (digelar Ummu Aiman)
- Ibu susu pertama : Thuwaibah
- Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali sbg Halimah As-Saidiah)


Sejarah Ringkas Rasulullah S.A.W

Usia 5 Tahun
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.

Usia 6 Tahun
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampong yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

Usia 8 Tahun
- Datuknya Abdul Muttalib meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib

Usia 9 Tahun (setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
- Bersama bapa saudaranya Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di Kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Usia 20 Tahun
-Terlibat dalam peperangan Fijar, Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' jilid 1, halaman 184-187  menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
-Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

Usia 25 Tahun
-Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah
-Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan khadijah
-Baginda SAW bersama sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
-Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanya 500 dirham.

Usia 35 tahun
-Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
-Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

Usia 40 Tahun
-Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi nabi dan Rasul akhir zaman.

Usia 53 Tahun
-Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
-Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

Usia 63 tahun
-kewafatan rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H

Isteri-Isteri Rasulullah SAW
-Khadijah binti khuwailid
-Saudah binti Zam'ah
-Aisyah binti Abu Bakar (anak saidina Abu Bakar)
-Hafsah binti Umar (anak saidina Umar bin Al-khattab)
-Ummi Habibah binti Abu Sufyan
-Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
-Zainab binti Jahsy
-Maimunah binti Harith
-Safiyah binti Huyai bin Akhtab
-zainab binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin; Ibu orang miskin)

Anak-Anak Rasulullah SAW
-Qasim
-Abdullah
-Ibrahim
-Zainab
-Ruqaiyah
-Ummi Kalthum
-Fatimah Al-Zahra



Saturday, 21 September 2013

Majlis tahlil jiran



Alhamdulillah semlm berpeluang menghadiri majlis tahlil arwah en aziz.. jiran sebelah rumah saya yang meninggal dunia pada hari selasa yang lepas.

Arwah mmg seorang yang baik dan selalu ambil berat terutama tentang keselamatan kami sekeluarga... kehilangan dia mmg agak terasa jugak sbb selalunya hari2 saya keluar dr rumah..mesti nmpak arwah kt rumah dia sbb arwah bekerja sendiri jadi arwah lebih byk masa berada dirumah...bila tk bekeja nih dn byk masa dirumah mmg rasa lega sgt bila nmpak muka2 jiran kt sekeliling nih..tk lah rasa sunyi sgt.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan digolongkan dlm golongan orang2 yang beriman...amiin.

Tk dapat nk snap gambar2 bahagian lelaki sbb bateri dh kong..










Small gathering geng2 utm

Jumaat yg lepas 20/9/2013 mmg sgt2 bermakna sbb dpt dating ngan kengkawan lama...padahal sorang jer pon yg duk luar kl...tp almaklumlah kita2 para isteri nih bkn bleh kuar sesuka hati...nk kuar minum malam ker apa...mmg tk dapek la kan...tanggungjwb kt rumah ngan anak2 mmg tk habis2...so dpt lesen gather2 mcm nih mmg sgt2 best!!

    saya, za, su n amah..




 Kengkawan bawak puding roti n pavlova yg sgt2 sedap...

Friday, 20 September 2013

Saya dah ada blog!!

Yeaayyy!! Akhirnya saya dh ada blog kembali...kenapa yer saya nk aktif semula? Sebab utama adalah untuk 'sharing'....saya boleh sharing apa yang saya rasa...moment2 dlm kehidupan saya...ilmu2 dan info2 yang saya perolehi dan of course blog ini pasti menjadi diari sbg kenangan2 saya dimasa akan datang...tqvm for rakan2 as liza n izzarina for your idea n support.