Friday, 27 September 2013

Resepi mee goreng

Disebabkn en husb bekerja pagi nih..so saya isikn kebosanan saya dengan berkongsi menu sarapan saya yang simple jer pagi nih... mee goreng sempoi...






Bahan2
1 peket mee kuning
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
2-3 sudu cili kisar (lebih pon bleh)
2 ketul daging ayam- qty ikot suke
8-10 biji daging meatball-qty ikot suke
1/2 cwn air (lebih kurang la)
1 biji telur ayam
3 sudu sos cili
5-6 sudu kicap mee
Sedikit taugeh dan sawi 
Garam secukup rasa

Cara2
1. Blender bahan bertanda (*)
2. Tumiskan bahan blender bersama cili kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging ayam dan meatball dan tumis sehingga daging masak. 
4. Tambahkan air agar tidak terlalu kering dan tunggu sehingga menggelegak.
5. Masukkan mee, sos cili dan kicap mee
6. Kemudian masukkan telur dan gaul rata sehingga sebati dan masak sempurna.
7. Perasakan dengan garam dan terus masukkan taugeh dan sawi dan tutup api dalam kadar segera   agar sayur tidak terlalu layu.






No comments:

Post a Comment