Tuesday, 24 September 2013

Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Biodata Rasulullah S.A.W
- Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim
- Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
- Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
- Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyah (digelar Ummu Aiman)
- Ibu susu pertama : Thuwaibah
- Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali sbg Halimah As-Saidiah)


Sejarah Ringkas Rasulullah S.A.W

Usia 5 Tahun
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.

Usia 6 Tahun
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampong yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

Usia 8 Tahun
- Datuknya Abdul Muttalib meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib

Usia 9 Tahun (setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
- Bersama bapa saudaranya Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di Kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Usia 20 Tahun
-Terlibat dalam peperangan Fijar, Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' jilid 1, halaman 184-187  menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
-Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

Usia 25 Tahun
-Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah
-Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan khadijah
-Baginda SAW bersama sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
-Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanya 500 dirham.

Usia 35 tahun
-Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
-Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

Usia 40 Tahun
-Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi nabi dan Rasul akhir zaman.

Usia 53 Tahun
-Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
-Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

Usia 63 tahun
-kewafatan rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H

Isteri-Isteri Rasulullah SAW
-Khadijah binti khuwailid
-Saudah binti Zam'ah
-Aisyah binti Abu Bakar (anak saidina Abu Bakar)
-Hafsah binti Umar (anak saidina Umar bin Al-khattab)
-Ummi Habibah binti Abu Sufyan
-Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
-Zainab binti Jahsy
-Maimunah binti Harith
-Safiyah binti Huyai bin Akhtab
-zainab binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin; Ibu orang miskin)

Anak-Anak Rasulullah SAW
-Qasim
-Abdullah
-Ibrahim
-Zainab
-Ruqaiyah
-Ummi Kalthum
-Fatimah Al-Zahra



No comments:

Post a Comment