Thursday, 31 October 2013

Khasiat Ulam-Ulaman

Daun Ulam Raja
  • Mengandungi protein, karbohidrat dan vitamin A
  • Khasiatnya dikatakan dpt mencuci darah dr bahan toksid dan menguatkan tulang
  • Klorofom yg mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine dpt merencatkan bakteria dan fungus.

Timun
  • Mengandungi protein, lemak, karbohidrat, magnesium, zat besi, fostor, vitamin B, vitamin A, vitamin C dan Vitamin B2.
  • Membantu memulihkan sakit tekak.
  • Membantu menurunkan kolestrol dan tekanan darah. Sesuai dimakan selepas kita mengambil makanan yang tinggi kolestrol seperti sate, gulai kambing, etc.

Peria

  • Mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium
  • Membantu merawat penyakit kencing manis
  • Membantu mengatasi darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal.
  • Membantu melawaskan buang air besar.

Daun Selom

  • Mengandungi paling tinggi kandungan air, protein, lemak, karbohidrat dan serabut.
  • Batang dan daun boleh meredakan sakit akibat bisul ataupun gigitan binatang berbisa.
  • Meransang pengeluaran angin dari perut dan usus.

 
Kacang Botol
  • Mengandungi kalsium, zat besi dan vitamin A.
  • Nilai kandungan protein yang sangat tinggi
  • Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kurang darah.

Asam Pedas Ikan Merah & Sayur Brokoli+Cendawan

Hari nih masak asam pedas lak...beli kepala ikan merah tadi...tp dah potong 4 so tk nmpak sgtlah bentuk kepalanya kan....kalo masak asam pedas saya mesti buat telur rebus...mmg suka makan telur rebus ngan kuah asam pedas...setengah orang suka matchkan asam pedas ngan telur masin...masing2 ada citarasa yang berbezakan...
 
Walaupon simple....rasanya lebih puashati berbanding makan kat luar...tahap kebersihan pon dah tentu terjaminkan...so selamat menjamu selera semua.


Asam Pedas Kepala Ikan Merah
 
 
Tumis Brokoli + Cendawa
 

Telur Rebus
 
 

 


 



 


Wednesday, 30 October 2013

Coklat dr Langkawi

 
 
Buah tangan dari anak saya yang ke langkawi tempoh hari....coklat2 nih mmg peberet kami sekeluarga....semuanya jenis hantu coklat...kalo banyak nih bg masa 3 hari jer rasanya dh bleh licin semuanya.
 
Saya pon dh lama sebenarnya tak pegi ke Langkawi sbbnya dulu memikirkan nak heret anak2 yang masih kecil..nak beratur..nak naik bot...mmg surrender la sejak pengalaman kami pergi bercuti ke pangkor beberapa tahun dahulu...tapi skang anak2 dh besar sket...dah tak ada baby..so mmg dlm kepala nih mcm nak jer pegi ke sana....dok memikirkn pinggan mangkuk....pantai yang cantik...coklat2 yang sangat murah!! Yerrr..mmg berbaloi la kalo beli coklat kt sana...sbb tgk harga yang anak saya beli nih hampir separuh lebih murah berbanding harga kat sini...mesti giler membeli coklat kan kt sana...huhu.
 
 

Sambal Bilis Petai + Tumis Pucuk Paku

Kalo dah nama seorang surirumah tu....dh tentu tiap kali bangun pagi mesti penat memikir nak masak apakan....kekadang tuh pegi pasar..dok pusing ulang alik tk tahu nak beli apa n nak masak apa. Tambahan pulak suami saya nih tekak dia mesti nasi...kalau nak masak mee ker...western2 ker..boleh la sekali sekala..makan dia tetap makan..tapi kepuasan tuh tidak sepenuhnya.
 
Jadinya....kat sini saya nak la kongsi2 menu-menu harian saya....mungkin sedikit sebanyak turut membantu memberi idea kepada kenalan diluar sana yang kekadang kebuntuan idea nak masak apa.
 
Dan.......harapan saya uolls dpt gak bagi idea utk menu apa yg mgkin boleh saya sediakan utk esok harinya kt bhgn komen kt bawah nih...kalo dpt share resepi lagi saya suke...hehe.
 
Utk hari nih sempoi jer menunya...atas permintaan husb saya semalam....nasib baik jumpa gak petai sbb skang mmg susah nak cari petai...huhu.



Sambal Bilis Petai
Tumis Pucuk Paku

Sambal Belacan + Ulam Timun
 

Haaa...kt bawah nih saja snap gambar ikan bilis yang saya selalu beli...kalo nak sambal bilis yang sedap tentulah kena gunakan ikan bilis yang berkualiti dan sedap..ikan bilis pon skang dah mahalkan...utk yg nih regenya RM4.40/gram yang dibeli di pasar Gombak.

Tuesday, 29 October 2013

Khasiat Habbatus Sauda

 
 
 
 
Habbatus sauda merupakan jamu tradisional yang telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu. Ia digunakan bagi meningkatkan kesihatan dan melawan penyakit. Tumbuhan ini juga digelar sebagai 'blessed seed' atau biji yang diberkati. Nama-nama lain bagi tumbuhan ini adalah black cumin, black seeds dan black caraway.
 
"Terdapat penyembuhan dalam habbatus sauda untuk semua penyakit, kecuali mati"
(Hadith Sahih Bukhari)
 
 
Apakah Keistimewaannya?
Habbatus sauda kaya dengan asid lemak tidak tepu. Bahan ini mampu membantu metabolism, membawa racun ke permukaan kulit untuk dihapuskan, menyeimbangkan paras insulin, mengawal kolestrol, meningkatkan peredaran darah dalam tubuh dan meningkatkan fungsi hati.
 
Terdapat lebih 100 zat yang terkandung dalam habbatus sauda yang terdiri daripada protein, karbohidrat, Vitamin B3, lemak penting dan minyak. Asid linoleat dan asid gamma linolenat dalam habbatus sauda mampu menghalang jangkitan, menyeimbangkan system imunisasi tubuh dan menstabilkan membran sel. Bahan-bahan lain yang juga ditemui adalah kalsium, kalium, besi, zink, magnesium dan selenium (berfungsi sebagai agen yang menghalang kerosakan DNA), vitamin A, vitamin B2, vitamin B3 dan vitamin C.

Jenis2 Penyakit dan Kaedah Rawatan

Asma dan masalah bronkiol, paru-paru dan jangkitan pernafasan
 - Minum campuran 1 sudu teh minyak habbatus sauda dalam secawan teh atau kopi dan amalkan 2x sehari. Ataupun amalkan memakan kapsul habbatus sauda sebanyak 3x sehari.

- Sapu dan gosokkan minyak habbatus sauda pada bahagian dada pada setiap malam.

-Campurkan sedikit minyak habbatus sauda dengan sedikit air panas dan sedut wap yang terhasil dengan keadaan mata yang tertutup.


Sakit belakang dan sengal2
-Ambil sedikit minyak habbatus sauda dan letak pada tapak tangan dan usap kedua tapak tangan berulangkali agar minyak tersebut menjadi sedikit panas, kemudian sapu pada tempat yang sakit dengan tekanan yang tidak terlalu kuat sambil membaca surah Al-Fatihah dan mohon doa supaya Allah menyembuhkannya.

- Amalkan minum 1 sudu teh minyak habbatus sauda 3x sehari.


Luka pada kulit dan jangkitan
- Sapukan minyak habbatus sauda pada luka beberapa kali sehari sehingga luka tersebut sembuh. Hasilnya boleh dilihat hanya dalam beberapa jam kemudiannya. Selain menyembuhkan, minyak ini juga mampu mengurangkan rasa sakit dan rengsa pada bahagian luka.

Kurang tenaga dan keletihan
- Amalkan minum campuran 1 sudu makan minyak habbatus sauda dengan jus limau asli pada setiap pagi.

Resdung
- Titiskan beberapa titis minyak habbatus sauda ke dalam hidung dan sedut dalam-dalam. Jika tahap resdung yang lebih kritikal, lakukannya sebanyak 3x sehari.

Sakit gigi dan gusi luka/bengkak
- Sapu, kumur ataupun letakkan minyak habbatus sauda pada kawasan yang sakit sebelum tidur.

Mencantikkan kulit wajah
- campurkan minyak habbatus sauda + minyak zaitun dalam jumlah yang sama banyak, sapu dan gosok pada wajah dan biarkan selama 1 jam. Kemudian basuh muka dengan sabun muka dan air.

Sebenarnya banyak lagi khasiat dan kaedah rawatan yang boleh diamalkan dengan menggunakan habbatus sauda nih...kalau nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan buku2 yang membongkar khasiat habbatus sauda nih...info yang saya dapat nih saya rujuk dari buku 'Rasulullah in my DOCTOR' hasil tulisan Jerry D.Gray.

So apalagi....jom pakat2 cari minyak habbatus sauda...tapi hati2 semasa membeli kerana terdapat produk minyak habbatus sauda yang telah dicampur dengan minyak yang lain. Jadi pastikan yang kita beli tuh ada dilabel 100% habbatus sauda, cold-pressed dan bebas pelarut.

Saya pon kt rumah nih cuma ada stok biji habbatus sauda jer yang dibeli dari makkah. Amalannya dengan mengunyah 5/7 biji sehari ataupun kisar dan masukkan dalam apa-apa jenis minuman. So lepas nih nak usha2 pulak minyak habbatus sauda....hehe...selamat beramal!!

 


Saturday, 26 October 2013

Hantar Ikah Pegi Rombongan ke Langkawi

Malam semalam pegi hantar ikah (anak sulong) yang mengikuti lawatan sekolah khas untuk pelajar2 tahun 6 ke Langkawi selama 4h 3m. Mula2 rasa sedih gak nak lepaskan dia pegi jalan jauh tanpa kita ibubapa bersama. Tapi bila tgk kesungguhan dan persediaan yang sgt baik dr cikgu2 sekolah rasa bimbang tuh makin berkurang...bila tengok wajah ikah yang sgt hepi n excited nk pegi...rasa gembira dan berpuashati sbb dpt buat dia gembira. Memang nmpak sgt keceriaan pada wajah dia...pada saat tuh terfikir dia mmg patut dapat semua nih atas kesungguhan dan kegigihan yang telah dia tunjukkan selama setahun untuk menghadapi peperiksaan UPSR tempoh hari.
 
 
  
 
Lepas tuh mula lah teringat balik kisah diri sendiri masa zaman sekolah dulu...apa saja aktiviti rombongan sekolah mmg tak pernah ikut pon...niat nak mintak izin kt mak abah pon tak penah sbb mmg dah tahu benda tuh suatu yang sgt mustahil utk dpt....rombongan pertama yang saya dpt ikut adalah masa saya form 3...rombongan pegi Kelantan....tapi serius tk ingat mcmmana saya bleh join rombongan tuh...kena bayar atau free pon saya tak ingat....
 
Tapi rasa sgt bersyukur sbb ditetapkan Allah agar hati ini tidak terdetik untuk meminta sesuatu yang mustahil dari ibu dan abah...sbb disaat ini bila dah berada di tempat seorang ibu...baru faham bagaimana hampa dan sedihnya rasa...bagaimana remuknya hati...bagaimana pedihnya rasa bila kita tak dpt tunaikan permintaan dan harapan anak2 kita..tambahan pulak bila melihat ibubapa lain dpt memberikan sesuatu yang lebih baik terhadap anak2 mereka. Tak dapat bayangkan apakah perasaan ibu dan abah dulu dikala membesarkan kami yang didalam serba kekurangan....hanya kepada Allah ku bermohon moga segala ketabahan dan keperitan ibu dan abah dibalas dengan ganjaran yang berlipatganda.
 
Namun demikian bukanlah bermakna kita perlu tunaikan setiap permintaan anak2 kita...mendidik mereka dengan limpahan kemewahan akan memusnahkan masa depan mereka. Apa yang lebih penting adalah memastikan mereka mendapat ilmu yang secukupnya....kerana ilmu adalah sahabat yang mampu membantu memberi tunjuk ajar kpd kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk walaupun dikala sendirian. Dengan ilmu, anak2 kita tidak akan merasa sedih walaupun hidup dalam serba kekurangan...dengan ilmu, anak2 kita akan lebih memahami apa yang mereka perlukan dalam kehidupan ini dalam ertikata menjadi insan yang lebih matang.
 
Tutup kisah lama..kembali ke tajuk asal...semoga anak saya hepi, enjoy, dipermudahkan segala urusan, sentiasa sihat walafiat dan selamat kembali ke rumah nnti...amiin.
 
 
 
 

 

Thursday, 24 October 2013

Jumpa Jugak Akhirnya...


Segala puji bagi Allah yang menentukan segalanya...

Kisah smlm ttg hajat dihati nak jumpa kengkawan tercapai jua...tepon en husb tanya kalau2 dia boleh balik awal... katanya ada keje nk kena settlekan.. Mgkin around kul 8 baru balik... so memujuk hati mungkin boleh jumpa lain kali la pulak. 

Tup tup  kul 7pm dengar hon keta dia....terus intai tengok dr tingkap...yeaaayyyy...mmg dia dh balik!!!

Walaupon dia kepenatan sgt dan rasa kurang sihat...dia tetap bawak gak kitaorg ke klcc...satu family ikot pegi...hehe

So smpai jer..terus pergi cafe ben's nih sbb kengkawan set jumpa kat situ..kitaorg satu family satu table..smbil tunggu order...saya lari ke table kengkawan...dpt la borak2 jap...yg dr penang nih mmg lepas sekolah langsung tk penah jumpa rasanya almost 16yrs gitu...
 






Muka-muka yg terkena 'sawan' mlm tuh..



Sebelum balik...ambil feel jap kt luar...

 
 




Wednesday, 23 October 2013

kengkawan dating kt klcc

Huwaaaaa....mlm nih kengkawan set dating kt klcc..kebetulan ada member dr penang turun kl...so last minit plan nak jumpa reramai kt klcc mlm nih.

En husb plak blk lewat sket...nk pegi drive sendiri mmg tk berani dh semenjak tk keje nih...nk naik lrt...mmg dh dekat 13thn tk naik lrt...so mmg dh x reti n tk berani dh nk merayau sorang2 sejak dh berkahwin nih...padahal masa bujang2 dulu selamba giler jer jln sorang merata rata tempat...

Saat2 mcm nih rasa cam cinderella plak...kikiki...nk sgt pegi...n membayangkan kalo la ada sebijik labu ngan tikus2 cam citer cinderella tuh..kan bagus...hahahaha.

Org kata dh tk der rezeki kan...pikir apa yg dh ditetapkan nih mgkin adalah yg terbaik utk kita...so tk yah sedih2...  buang masa jer so senyum2 lah wahai diri ini...:)

Tuesday, 22 October 2013

Malang Tak Berbau kata orang...

As salam semua...
huhu...blogger barulah katakan...suka sangat try n error kan..last2 segala setting dan gambar2 post yang lama terdelete... haru biru jadinya... bertambah haru biru bila pc yang saya gunakan sblm nih dh jadi bengong pulak...dah kelam kabut nak backup gambar2 yang dh save dlm pc tuh..so  hari nih keje saya kena edit balik segala setting, tukar background n upload semula gambar2 yg dh hilang. Kat blog semua dh ok...tp kt google nyer community  still ada problem...hurrmmm ...malas nak pikir dah....esok cari mood baru lak...hehe

Khasiat Lemon

 
 
 

Buah lemon nih mmg banyak sgt khasiat dan manfaatnya. Lemon mampu membunuh kuman dan bakteria. Manfaatnya byk terdapat pada manuskrip kuno, manuskrip keagamaan, sains moden, buku-buku dan jurnal-jurnal kesihatan.
 
Hasil dari bacaan saya, berikut petua2 yang boleh kita amalkan...
 
Selsema dan Sakit Tekak
- Amalkan minum pati sebiji buah lemon + secawan air panas + madu

Sakit Kepala
- Amalkan minum secawan air teh panas + sedikit pati lemon

Masalah Gusi
- Kumur mulut dengan air yang dicampur sedikit pati lemon.

Obesiti
- Pati lemon + 4 sudu madu, minum dalam keadaan perut kosong. Setiap malam pula amalkan minum jus lemon yang suam sebelum tidur. Amalan ini mampu menurunkan berat badan sebanyak 1.5kg dalam masa seminggu.

Sembelit
-Segelas air + dua sudu pati lemon + 2 sudu madu, amalkan 2x sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Sakit Perut
-Satu sudu pati lemon + satu sudu jus halia + 2 sudu madu

Muntah (kanak-kanak)
- Titikkan 2-3 titik lemon dalam sudu dan suapkan kepada anak.





 

Saturday, 19 October 2013

Ikan Pekasam Lenggong

Sapa penah makan ikan pekasam? 

Saya adalah salah seorang peminat ikan pekasam....rasa dia lebih kurang mcm ikan masin tp isinya tidak terlalu kering bila digoreng dan rasanya masin dan sedikit masam...kalo mkn dgn nasi yg panas mmg terangkat laaa...hehe

Ikan pekasam nih byk terdapat disebelah utara..dikebanyakan negeri kedah dan perak...kalo di kampung saya lenggong... memang terkenal dgn ikan pekasam nih..

Haaaa...nih rupa ikan pekasam yg dh siap packing...

Tiap kali balik kg..mmg saya borong buat stok kt umah...huhu

Macam mana cara nak masak?
Ingat dulu ada sorang member beli ikan pekasam dia basuh dahulu sebelum goreng...mcm ikan masin yg selalunya kita bilas dulu dgn airkan...bila saya ckp tk payah basuh tergelak besar dia..

Sbb tuh ikan pekasam nih dia packing kemas agar sentiasa bersih...jadi bila dh beli panaskan minyak teruskan ajer goreng dgn serbuk2 perapan sekali..bila dah agak garing...angkat dn ketepikan. Kemudian hiris bwg merah, bwg putih, bwg besar dan cili padi/cili merah/cili kering...goreng hirisan nih sehingga agak2 garing..angkat dan tabur atas ikan pekasam yg dh digoreng tadi...

Nih gambar yg dh siap digoreng...


Kalo yg belum pernah mencuba boleh la cuba sekali...mana tahu kot2 boleh jadi mknn peberet anda jugak..:)

Friday, 18 October 2013

Ziarah Mak Ngah di Hosp Ipoh

Alhamdulillah hari nih diberi ruang dan kelapangan untuk menziarahi mak ngah yang baru saja menjalani pembedahan pembuangan usus akibat kanser.

Sblm bertolak singgah mkn tghari kt kfc r&r jejantas sg buloh.

 Adam ngan amzar amik port yg bleh layan kete..
 
 
Kalo mknn tk berkhasiat tuh smpai menjilat jari diorg mkn.
 
 
Khusyuk makan..

 
 
Smpai kt hospital ipoh lebih kurang kul 4.30pm...
 
Gambar mak ngah...alhamdulillah mak ngah ok cuma kepala agak pening2 sedikit dan tk dibenarkan makan buat sementara waktu.


Nih gambar2 mereka yg dtg melawat time tuh...anak2 mak ngah, anak saudara dan cucu2 mak ngah


 




Sebelum balik kl solat jamak zuhur dan asar di masjid yang ada berhampiran dgn hospital...mmg sgt2 memberi keselesaan kepada pelawat2 di hospital..senang utk solat sambil merehatkan diri sebentar sebelum memulakan perjalanan semula.
 
 
       Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.

Dr ipoh bertolak lebih kurang pukul 7pm...sepanjang perjalanan mmg tk berenti hujan...smpai sg buloh around kul 9.30pm...singgah plak umah abang utk solat jamak maghrib dan isyak...smbil tuh boleh la menjenguk anak2 sedara skali..:)

 



Yg dh tidur pon bangun semula seronok dpt jumpa geng...

 

Lepak umah abang smpai lebih kurang kul 12...pastuh bergerak balik umah. Alhamdulillah... perjalanan semuanya baik dan selamat smpai di rumah.

Penyakit Gout

Baru-baru nih mak saya telahpun diserang penyakit gout yang agak kritikal. Sebelum nih memang mak selalu sakit dibahagian kaki...tapi mak selalu tahan jer sakit tuh dan lama kelamaan sakit tuh hilang dan akan berulang kembali dan begitulah seterusnya. Sehinggalah mak saya diserang sakit yang teramat amat sangat...sakit yang berdenyut-denyut dan kaki langsung tidak boleh digerakkan ataupun disentuh. Selepas mendapat rawatan di hospital barulah mak tahu yang mak telahpun diserang penyakit gout. Terdapat beberapa jenis ubat di hospital yang boleh digunakan untuk menahan sakit gout dan juga ubat yang boleh melambatkan pengeluaran asid urik dalam badan, tapi ubat ini mak saya tak boleh gunakan kerana menghadapi penyakit buah pinggang dan penggunaan ubat ini akan menjejaskan lagi buah pinggang mak saya.

So secara ringkasnya penyakit gout terhasil diakibatkan pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Asid urik terhasil dalam badan kita apabila mensintesiskan nuklotida purin. Kandungan purin tinggi dalam produk makanan berasaskan haiwan dan ada juga terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. 
 
Berikut merupakan senarai makanan yang mempunyai kandungan purina yang tinggi, pesakit gout perlu mengambilnya pada kadar sederhana dan sebaiknya dielakkan jika sedang diserang sakit gout.
 
Sumber Haiwan
  • Ikan Sardin
  • Organ Dalaman (Hati, hempedal etc)
  • Ikan Bilis
  • Daging Merah (lembu/kambing etc)
  • Ikan Berbisa (sembilang, pari etc)
  • Ikan Masin
  • Telur Masin
  • Makanan laut (kerang,sotong,udang,ketam
 
Sumber Tumbuh-tumbuhan
  • Jenis kekacang (kacang tanah,kacang putih etc)
  • Jenis cendawan
  • Bunga kobis
  • Bayam
  • Kacang buncis
  • Kacang kelisa
  • Petola
  • Jenis Ubi (Ubi kentang,ubi keledek, ubi kayu)
  • Jering, petai, kerdas
  • Asparagus
  • Buah Oren
  • Jenis Tembikai 
  • Jambu Batu
  • Longan,ciku,rambutan, mangga siam - kurangkan pengambilan
Lain-lain
  • Makanan jeruk (basah/kering)
  • Mee kuning
  • Mee maggie
  • Minuman Bergas
  • Minuman Berkafein
  • Cuka tiruan
  • Makanan dalam tin
  •  
Kaedah mengurangkan rasa sakit bila diserang;
  • Mandi dengan air suam
  • Pastikan bahagian sakit dilap kering sebelum mengenakan pakaian
  • Boleh juga rendamkan kaki yang sakit didalam air suam
 
 
Rawatan Tradisional
 
  • Cara paling berkesan ialah dengan merebuskan anak pokok durian beserta akarnya sekali dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Minum sup dan makan kaki ayam tadi dan amalkannya setiap hari.
  • Rebus daun pandan dengan air. Amalkan minum air rebusan ini 2x seminggu.
  • Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kunting. Minum air rebusan dan makan ekstrak kulit kentang.
  • Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama 5 minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
 
 
Amalkan pemakanan berikut untuk kesihatan yang optimum;
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2L sehari
  • Minum 1 sudu minyak kelapa dara/minyak zaitun setiap hari
  • Makan 2 biji epal hijau setiap minggu.
  • Amalkan makan habbatussauda
  • Banyakkan makan sayur-sayuran (sawi pahit, kailan,peria/peria katak) dan ulam ulaman (pegaga, ulam raja, pucuk gajus)
  • Amalkan makan buah delima
  • Gantikan penggunaan garam halus dengan garam kasar
 

Tuesday, 8 October 2013

Kunci Rezeki

1) Istighfar dan taubat
- mohonlah ampun kepada tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepadamu dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai 
(Surah Nuh: 10-12)

2) Takwa dan Tawakal
- Sesiapa bertaqwa kepada Allah, Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangkanya. Sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya
 (Surah al-Talaq : 2-3)

3) Menunaikan Haji dan Umrah
- Lanjutkan haji dengan umrah, kerana sesungguhnya kedua duanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu melainkan syurga. (Riwayat Ahmad)

4) Menyambung Silaturahim
-Sesiapa yang mahu dilapangkan rezekinnya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah ia menyambung silaturahim
 (Riwayat al-Bukhari)

5) Beribadah kepada Allah sepenuhnya
-Sesungguhnya Allah berfirman "Wahai anak Adam! Beribadahlah sepenuhnya kepadaKu, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku penuhi leperluanmu jika tidak, nescaya aku penuhkan tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak penuhi keperluanmu. (Riwayat Ahmad)

6) Berbelanja di Jalan Allah
- Dahulu ada 2 org saudara di zaman Rasulullah. Salah seorg dari mereka mendatangi Nabi (menuntut ilmu) dan saudaranya yang lain bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Nabi maka Nabi bersabda "mudah mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia" 
(Riwayat al-Tirmizi)

7) Membantu orang lemah
- Carilah keredhaanKu melalui orang2 lemah antara kalian kerana sesungguhnya kalian diberi rezeki dan ditolong dengan sebab orang-orang lemah antara kalian.
 (Riwayat Ahmad)

8) Berhijrah di Jalan Allah
-Sesiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati dimuka bumi ini  tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak 
(Surah al-Nisa' :100)

Sumber: majalah al-ustaz

Monday, 7 October 2013

Resepi Moist Choc Cake



Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu sejat
1 cwn minyak jagung
1 cwn gula halus

Bahan B
11/4 tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

Bahan C
3 biji telur
1 sk wsen vanilla

Cara2
-Bahan A disatukn dan dimasak di atas api yg kecil sehingga sebati.
-Ayak bahan B
-Bahan C dipukul hingga sebati.
-Campurkan bahan C dan A, gaul sebati.
-Masukkan bahan B kedlm bancuhan C&A, sedikit demi sedikit.
-Masukkn kedlm dulang dn kukus selama 45minit-1jam. Kalau boleh tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air kukus tidak masuk ke dalam.

Topping
250gm choc masakan
1/2cwn susu sejat
1 sudu susu pekat
2 sudu butter
-panaskn susu pekat dan susu sejat secara double boil
-masukkn choc dan kacau sebati.
-masukkn butter dan kacau hingga butter cair.

Sunday, 6 October 2013

Resepi Pancake Roll


Pancake nih nk buatnya sgt2 mudah, cepat dan yang paling penting sedap!!!

So kalo pening2 nk buat breakfast apa kt anak2...mari cuba buat pancake nih...


Bahan-bahan A
4/5 cawan susu segar
1sb gula halus
1 biji telur
1/4 sk esen vanilla

Bahan-bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sb minyak masak
Garam secukup rasa

Filling
Peanut butter/kaya/jam (ikot selera)

Cara-cara
- Masukkan bahan2 A ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
-Setelah sebati, masukkn pula bahan2 B ke dalam mangkuk tadi. Gaul sampai rata.
-Panaskan non-stick pan dgn api yg kecil dan letakkan bancuhan dn ratakan (quantity bancuhan ikot size yg kta nak) Masak sampai bahagian atas kelihatan sedikit kering dan terus angkat apabila dah masak. Ulang sehingga bancuhan habis.
-Sapukan penut butter/kaya/jam pada lapisan pancake tadi dan gulungkan.

**kalo tk ada susu segar boleh jer gunakan susu sejat tp perlu tambah sedikit air agar bancuhan tidak terlalu pekat.

Saturday, 5 October 2013

Zikir Harian

Hari Isnin
لاَحَولَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّابِااللهِ العَلِيِّ العَظِيمْ   
Tiada upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan Allah, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung
Fadhilatnya : Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya.  

Hari Selasa   
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَ عَبدِك وَرَسُولِكَ وَنَبِيِّكَ  الاُمِّيِّ   وَعَلَ اَلِهِ وَصَحبِهِ وَسَلَّم   
Ya Allah, berikan rahmat ke atas hamba-Mu, rasul-Mu dan  nabi-Mu yang ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.
Fadhilatnya: Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat. 

Hari Rabu
 اَستَغفِرُ الَلهَ العَظِيمِ
Aku memohon ampun daripada Allah yang Maha Agung.
Fadhilatnya: Setiap kali dibaca zikir di atas, dapat menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan.

Hari Khamis
سُبحَانَ اللهِ العَظِيمَ
Maha suci Allah yang Maha Agung
Fadhilatnya: Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah.

Hari Jumaat
يَااللهُ
Ya Allah
Fadhilatnya: Allah memberi ketenangan hati bagi orang yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.

Hari Sabtu
لاَاِلَهَاِلاَّاللهُ
Tidak ada tuhan kecuali Allah
Fadhilatnya: Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hambanya yang memuji-Nya.

Hari Ahad
يَحَيُّ بَاقَيُّومُ
Wahai yang Maha Hidup, wahai yang Maha Berdiri Sendiri.
Fadhilatnya: Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita.

Wednesday, 2 October 2013

Birthday atiqah(27/9) & adam(28/9)

Waaahhhhh dh lama tk bukak blog...bz sket 2-3 hari nih...so hari nih curi masa sket utk update kt sini...

Sabtu lepas 28/9... Sempatlah celebrated bday anak2 ala2 kadar jer...last minit punya plan nk ajak adik beradik kt sini tk berhasil akhirnya sbb masing2 dh ada program...nasib kebetulan ada mak n abah mertua dtg...so sempoi2 jer lah buat...tp bagus jgk sebenarnya memandangkn saya ada 5org anak...takut nnti bday yang nih buat meriah2 sgt...yang lain tk buat nnti...ada pulak yg terasa hati dan berkecil hati..sebabnya jadual abah diorg nih mmg sentiasa bz...nk set masa nk buat makan2 ker nk ajak sedara2 ker mmg agak susah sket...

So ini jer lah gambar2 kenangan hari tuh...sbb dh lewat malam...badan pon dh penat sgt time tuh...huhu


     Kek bday yg en suami belikan


    Pavlova harituh yg saya buatkan..



   Anak sulong saya - nurul atiqah




Anak no 2 saya - muhammad adam



Mari potong kek!!!



    Buah hati saya..



Tuesday, 1 October 2013

Nak kurus!!!

58kg -> 54kg -> 59kg huhuhu...nampak tk? Sejak bulan puasa until now mmg saya stop exercise & tk control makan...berat saya kembali ke asal dan mula meningkat sedikit demi sedikit.

So bermula dari hari nih saya bagi masa kat diri saya sendiri 2bln jer utk kembali kepada berat asal 54kg dan 1bln berikutnya utk mendapatkn 52kg...berat idaman saya yg tk tercapai capai lagi...kikiki.

Perkara2 yg perlu saya amalkan;
1- Jangan mkn malam
2- Exercise setiap pagi - 100 kalori burn
3- Minum air at least 2L sehari
4- Kurangkan qty pengambilan nasi

Diawal proses diet nih...sbb dah biasa makan malam..so pada minggu yg pertama saya akan makan sedikit nasi pada sebelah lewat petang dan akan dikurangkan pengambilannya sedikit demi sedikit. Pada minggu ke-2 saya akan ambil makanan yg agak ringan sahaja untuk cover pada sebelah malamnya...kalo rasa nk mkn2 pada sebelah mlm mgkin boleh ambil buah-buahan n biskut jer.

Setiap pagi mmg saya akan disiplinkn semula utk exercise at least 100 kalori sehari menggunakan elliptical bike..kalo sempat buat pulak sebelah ptg..tp biasanya mmg tk sempat...huhu. Kalo anda tk ada alat exercise yg boleh tunjukkan bacaan kalori yg dibakar...mgkin boleh refer kat bawah nih;

Aerobik dalam air 
Kalori yg dibakar: 200 kalori/30minit

Harungi jeram
Kalori yg dibakar: 190 kalori/30minit

Berenang di laut/sungai
 
Kalori yg dibakar: 200-300 kalori/30minit

Yoga di tepi pantai 
Kalori yg dibakar: 100-200 kalori/30minit

Pilates di taman 
Kalori yg dibakar: 150 kalori/30minit

Joging 
Kalori yg dibakar: 300 kalori/30minit

Badminton 
Kalori yg dibakar: 275 kalori/30minit

Boling 
Kalori yg dibakar: 150 kalori/30minit

Berbasikal di tempat terbuka 
Kalori yg dibakar: 300 kalori/30minit
Futsal 
Kalori yg dibakar: 220 kalori/30minit

Rock Climbing 
Kalori yg dibakar: 349 kalori/30minit

Bagi memastikan kita minum air 2L sehari...kita mesti sukat air yg diminum..caranya mudah jer..gunakan botol air..macam saya dirumah nih saya gunakan botol air yg 1L punya..so setiap pagi isikan air penuh kedlm botol...dan pastikan saya habiskan air tuh sblm tengahari..kemudian refill semula dan pastikan habis sebelum waktu tidur..kalau dapat habiskan sebelum waktu mlm lagi bagus sbb boleh tambah lagi kuantiti air diminum pada sebelah mlmnya pulak..ada setengah dietitian mengesyorkn minum air sebyk 3L sehari..wowwww!!! 2L pon terseksa nk disiplinkn...huhu.

Untuk pengambilan nasi...mmg kena kurangkan...banyakkn sayuran...kalo boleh sayur masak macam sup so sblm makan nasi..makan dulu sup sayur..jadi perut kita akan lebih cepat kenyang tanpa mengambil qty nasi yg byk...tapi kalo saya dihidangkan dgn nasi arab...mmg saya terus lupa diet2 nih...hahaha so sepanjang berdiet nih mmg saya tk boleh mkn nasi arab...huhu...sebulan sekali boleh la kot...tp hari tuh kena la double exercise!!!

Berjayakah saya? Huhuhu...saya akan update berat saya pada 1/11 nnti..hehe