Saturday, 26 October 2013

Hantar Ikah Pegi Rombongan ke Langkawi

Malam semalam pegi hantar ikah (anak sulong) yang mengikuti lawatan sekolah khas untuk pelajar2 tahun 6 ke Langkawi selama 4h 3m. Mula2 rasa sedih gak nak lepaskan dia pegi jalan jauh tanpa kita ibubapa bersama. Tapi bila tgk kesungguhan dan persediaan yang sgt baik dr cikgu2 sekolah rasa bimbang tuh makin berkurang...bila tengok wajah ikah yang sgt hepi n excited nk pegi...rasa gembira dan berpuashati sbb dpt buat dia gembira. Memang nmpak sgt keceriaan pada wajah dia...pada saat tuh terfikir dia mmg patut dapat semua nih atas kesungguhan dan kegigihan yang telah dia tunjukkan selama setahun untuk menghadapi peperiksaan UPSR tempoh hari.
 
 
  
 
Lepas tuh mula lah teringat balik kisah diri sendiri masa zaman sekolah dulu...apa saja aktiviti rombongan sekolah mmg tak pernah ikut pon...niat nak mintak izin kt mak abah pon tak penah sbb mmg dah tahu benda tuh suatu yang sgt mustahil utk dpt....rombongan pertama yang saya dpt ikut adalah masa saya form 3...rombongan pegi Kelantan....tapi serius tk ingat mcmmana saya bleh join rombongan tuh...kena bayar atau free pon saya tak ingat....
 
Tapi rasa sgt bersyukur sbb ditetapkan Allah agar hati ini tidak terdetik untuk meminta sesuatu yang mustahil dari ibu dan abah...sbb disaat ini bila dah berada di tempat seorang ibu...baru faham bagaimana hampa dan sedihnya rasa...bagaimana remuknya hati...bagaimana pedihnya rasa bila kita tak dpt tunaikan permintaan dan harapan anak2 kita..tambahan pulak bila melihat ibubapa lain dpt memberikan sesuatu yang lebih baik terhadap anak2 mereka. Tak dapat bayangkan apakah perasaan ibu dan abah dulu dikala membesarkan kami yang didalam serba kekurangan....hanya kepada Allah ku bermohon moga segala ketabahan dan keperitan ibu dan abah dibalas dengan ganjaran yang berlipatganda.
 
Namun demikian bukanlah bermakna kita perlu tunaikan setiap permintaan anak2 kita...mendidik mereka dengan limpahan kemewahan akan memusnahkan masa depan mereka. Apa yang lebih penting adalah memastikan mereka mendapat ilmu yang secukupnya....kerana ilmu adalah sahabat yang mampu membantu memberi tunjuk ajar kpd kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk walaupun dikala sendirian. Dengan ilmu, anak2 kita tidak akan merasa sedih walaupun hidup dalam serba kekurangan...dengan ilmu, anak2 kita akan lebih memahami apa yang mereka perlukan dalam kehidupan ini dalam ertikata menjadi insan yang lebih matang.
 
Tutup kisah lama..kembali ke tajuk asal...semoga anak saya hepi, enjoy, dipermudahkan segala urusan, sentiasa sihat walafiat dan selamat kembali ke rumah nnti...amiin.
 
 
 
 

 

5 comments:

  1. assalam..singgahan pcl juga mengimbau kisah zaman kanak sekolah yg selalu ketinggalan bila ada xtvt lawatan sebegini. hampa rasa dgn niat yg membuak2 tak dilepaskan oleh org tua.. kesian kan tp bila ada anak sendiri sebaya rasanya dgn Ikah..Hanis nama anak pcl tu. .dia kalau minta pegi melawat program sekolah, insya Allah dibenarkan pergi. ~www.nazlee.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo...anak kte ada sebaya ek...sek mana dia?

      Delete
  2. Kalau Langkawi tu Okje masih bagi lagilah pergi sebab jalan rata tapi kalau Cameron Highlan ke mmg seriau nak bagi pergikan...

    ReplyDelete
  3. Ida kalau awak tak kisah, buang word verification yh ada tu bagus jugak tau sebab senang sikit nak komen, tak payah le kena teka word verification tu....leceh sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo...ada word verification ker? Ok2 tq2...nnti ida check balik setting...

      Delete