Tuesday, 29 October 2013

Khasiat Habbatus Sauda

 
 
 
 
Habbatus sauda merupakan jamu tradisional yang telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu. Ia digunakan bagi meningkatkan kesihatan dan melawan penyakit. Tumbuhan ini juga digelar sebagai 'blessed seed' atau biji yang diberkati. Nama-nama lain bagi tumbuhan ini adalah black cumin, black seeds dan black caraway.
 
"Terdapat penyembuhan dalam habbatus sauda untuk semua penyakit, kecuali mati"
(Hadith Sahih Bukhari)
 
 
Apakah Keistimewaannya?
Habbatus sauda kaya dengan asid lemak tidak tepu. Bahan ini mampu membantu metabolism, membawa racun ke permukaan kulit untuk dihapuskan, menyeimbangkan paras insulin, mengawal kolestrol, meningkatkan peredaran darah dalam tubuh dan meningkatkan fungsi hati.
 
Terdapat lebih 100 zat yang terkandung dalam habbatus sauda yang terdiri daripada protein, karbohidrat, Vitamin B3, lemak penting dan minyak. Asid linoleat dan asid gamma linolenat dalam habbatus sauda mampu menghalang jangkitan, menyeimbangkan system imunisasi tubuh dan menstabilkan membran sel. Bahan-bahan lain yang juga ditemui adalah kalsium, kalium, besi, zink, magnesium dan selenium (berfungsi sebagai agen yang menghalang kerosakan DNA), vitamin A, vitamin B2, vitamin B3 dan vitamin C.

Jenis2 Penyakit dan Kaedah Rawatan

Asma dan masalah bronkiol, paru-paru dan jangkitan pernafasan
 - Minum campuran 1 sudu teh minyak habbatus sauda dalam secawan teh atau kopi dan amalkan 2x sehari. Ataupun amalkan memakan kapsul habbatus sauda sebanyak 3x sehari.

- Sapu dan gosokkan minyak habbatus sauda pada bahagian dada pada setiap malam.

-Campurkan sedikit minyak habbatus sauda dengan sedikit air panas dan sedut wap yang terhasil dengan keadaan mata yang tertutup.


Sakit belakang dan sengal2
-Ambil sedikit minyak habbatus sauda dan letak pada tapak tangan dan usap kedua tapak tangan berulangkali agar minyak tersebut menjadi sedikit panas, kemudian sapu pada tempat yang sakit dengan tekanan yang tidak terlalu kuat sambil membaca surah Al-Fatihah dan mohon doa supaya Allah menyembuhkannya.

- Amalkan minum 1 sudu teh minyak habbatus sauda 3x sehari.


Luka pada kulit dan jangkitan
- Sapukan minyak habbatus sauda pada luka beberapa kali sehari sehingga luka tersebut sembuh. Hasilnya boleh dilihat hanya dalam beberapa jam kemudiannya. Selain menyembuhkan, minyak ini juga mampu mengurangkan rasa sakit dan rengsa pada bahagian luka.

Kurang tenaga dan keletihan
- Amalkan minum campuran 1 sudu makan minyak habbatus sauda dengan jus limau asli pada setiap pagi.

Resdung
- Titiskan beberapa titis minyak habbatus sauda ke dalam hidung dan sedut dalam-dalam. Jika tahap resdung yang lebih kritikal, lakukannya sebanyak 3x sehari.

Sakit gigi dan gusi luka/bengkak
- Sapu, kumur ataupun letakkan minyak habbatus sauda pada kawasan yang sakit sebelum tidur.

Mencantikkan kulit wajah
- campurkan minyak habbatus sauda + minyak zaitun dalam jumlah yang sama banyak, sapu dan gosok pada wajah dan biarkan selama 1 jam. Kemudian basuh muka dengan sabun muka dan air.

Sebenarnya banyak lagi khasiat dan kaedah rawatan yang boleh diamalkan dengan menggunakan habbatus sauda nih...kalau nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan buku2 yang membongkar khasiat habbatus sauda nih...info yang saya dapat nih saya rujuk dari buku 'Rasulullah in my DOCTOR' hasil tulisan Jerry D.Gray.

So apalagi....jom pakat2 cari minyak habbatus sauda...tapi hati2 semasa membeli kerana terdapat produk minyak habbatus sauda yang telah dicampur dengan minyak yang lain. Jadi pastikan yang kita beli tuh ada dilabel 100% habbatus sauda, cold-pressed dan bebas pelarut.

Saya pon kt rumah nih cuma ada stok biji habbatus sauda jer yang dibeli dari makkah. Amalannya dengan mengunyah 5/7 biji sehari ataupun kisar dan masukkan dalam apa-apa jenis minuman. So lepas nih nak usha2 pulak minyak habbatus sauda....hehe...selamat beramal!!

 


1 comment:

  1. memang pernah dengar pasal khasiatnya ni Ida....baguskan kalau kita amalkan....dulu okje pernah makan jugak minyak habatussaudak ni

    ReplyDelete