Friday, 18 October 2013

Penyakit Gout

Baru-baru nih mak saya telahpun diserang penyakit gout yang agak kritikal. Sebelum nih memang mak selalu sakit dibahagian kaki...tapi mak selalu tahan jer sakit tuh dan lama kelamaan sakit tuh hilang dan akan berulang kembali dan begitulah seterusnya. Sehinggalah mak saya diserang sakit yang teramat amat sangat...sakit yang berdenyut-denyut dan kaki langsung tidak boleh digerakkan ataupun disentuh. Selepas mendapat rawatan di hospital barulah mak tahu yang mak telahpun diserang penyakit gout. Terdapat beberapa jenis ubat di hospital yang boleh digunakan untuk menahan sakit gout dan juga ubat yang boleh melambatkan pengeluaran asid urik dalam badan, tapi ubat ini mak saya tak boleh gunakan kerana menghadapi penyakit buah pinggang dan penggunaan ubat ini akan menjejaskan lagi buah pinggang mak saya.

So secara ringkasnya penyakit gout terhasil diakibatkan pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Asid urik terhasil dalam badan kita apabila mensintesiskan nuklotida purin. Kandungan purin tinggi dalam produk makanan berasaskan haiwan dan ada juga terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. 
 
Berikut merupakan senarai makanan yang mempunyai kandungan purina yang tinggi, pesakit gout perlu mengambilnya pada kadar sederhana dan sebaiknya dielakkan jika sedang diserang sakit gout.
 
Sumber Haiwan
  • Ikan Sardin
  • Organ Dalaman (Hati, hempedal etc)
  • Ikan Bilis
  • Daging Merah (lembu/kambing etc)
  • Ikan Berbisa (sembilang, pari etc)
  • Ikan Masin
  • Telur Masin
  • Makanan laut (kerang,sotong,udang,ketam
 
Sumber Tumbuh-tumbuhan
  • Jenis kekacang (kacang tanah,kacang putih etc)
  • Jenis cendawan
  • Bunga kobis
  • Bayam
  • Kacang buncis
  • Kacang kelisa
  • Petola
  • Jenis Ubi (Ubi kentang,ubi keledek, ubi kayu)
  • Jering, petai, kerdas
  • Asparagus
  • Buah Oren
  • Jenis Tembikai 
  • Jambu Batu
  • Longan,ciku,rambutan, mangga siam - kurangkan pengambilan
Lain-lain
  • Makanan jeruk (basah/kering)
  • Mee kuning
  • Mee maggie
  • Minuman Bergas
  • Minuman Berkafein
  • Cuka tiruan
  • Makanan dalam tin
  •  
Kaedah mengurangkan rasa sakit bila diserang;
  • Mandi dengan air suam
  • Pastikan bahagian sakit dilap kering sebelum mengenakan pakaian
  • Boleh juga rendamkan kaki yang sakit didalam air suam
 
 
Rawatan Tradisional
 
  • Cara paling berkesan ialah dengan merebuskan anak pokok durian beserta akarnya sekali dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Minum sup dan makan kaki ayam tadi dan amalkannya setiap hari.
  • Rebus daun pandan dengan air. Amalkan minum air rebusan ini 2x seminggu.
  • Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kunting. Minum air rebusan dan makan ekstrak kulit kentang.
  • Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama 5 minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
 
 
Amalkan pemakanan berikut untuk kesihatan yang optimum;
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2L sehari
  • Minum 1 sudu minyak kelapa dara/minyak zaitun setiap hari
  • Makan 2 biji epal hijau setiap minggu.
  • Amalkan makan habbatussauda
  • Banyakkan makan sayur-sayuran (sawi pahit, kailan,peria/peria katak) dan ulam ulaman (pegaga, ulam raja, pucuk gajus)
  • Amalkan makan buah delima
  • Gantikan penggunaan garam halus dengan garam kasar
 

2 comments:

  1. semoga mak kau tabah hadapi dugaan penyakit ni. Banyak ye pantang larang. huhuhuhu

    ReplyDelete