Monday, 25 November 2013

Tempat Yang Haram Dilawati


Hukum HARAM sekiranya kita sengaja melawati negeri-negeri kaum terdahulu yang telah Allah binasakan kerana kekafiran mereka. Namunpun demikian sekiranya berniat untuk mengambil pengajaran, maka DIHARUSKAN dengan syarat tidak terlalu lama berada di kwsn tersebut.

Ketika Rasulullah melintasi Hijr (tempat kaum Thamud) dlm perjalanan ke Tabuk, Baginda bersabda;
"Janganlah engkau memasuki tempat bangsa-bangsa yang diazab ini melainkan sambil menangis agar tidak menimpa kamu apa yang menimpa mereka" Lalu Bagin da menutup wajahnya, lalu mempercepatkan langkah kenderaannya hingga meninggalkan tempat tersebut" Riwayat al-Bukhari dan Muslim.



Tempat Larangan

Madyan (Arab Saudi)
 Allah menghancurkan negeri Madyan kerana mengingkari dakwah Nabi Syuaib

Ashabulukhdud (Arab Saudi)
Raja Himyar membunuh kaum Mukminin, lalu Allah menghancurkan negeri mereka.

Hijr (Arab Saudi)
Allah membinasakan kaum Thamud kerana mendustakan dakwah Nabi Soleh.

Ahqaf (Yaman)
Allah membinasakan kaum 'Ad kerana mendustakan dakwah Nabi Hud.



Sumber Rujukan : Majalah al-Ustaz

Puasa Sunat & Puasa Haram

Puasa Sunat

  • Puasa sunat 6 hari (puasa enam) pada bulan Syawal khususnya selepas Aidilfitri (berturut-turut enam hari adalah lebih afdal)

  • Hari Isnin dan Khamis setiap minggu

  • Puasa Hari Asyura (10 Muharram)

  • Puasa 9 Zulhijjah (sempena wukuf di Arafah) bagi orang-orang yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu.

  • Puasa hari 13, 14 dan 15 setiap bulan

  • Puasa hari 28, 29 dan 30 setiap bulan

  • Puasa Nisfu Syaaban (15 Syaaban)

Puasa Haram

  • Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)

  • Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)

  • Tiga hari Tasyriq  (11,12 dan 13 Zulhijjah)

  • Hari syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan.

Wednesday, 20 November 2013

Result UPSR atiqah

kikiki..dh lama kuar result baru nk update kt sini...dh basi dh kata orang....hahahha..

Syukur Alhamdulillah kerana anak saya dapat jugak 5A utk peperiksaan UPSR baru2 nih....sbnrnya saya tk berdebar pun masa anak saya nk ambil result...sbb saya tidak menaruh harapan tinggi agar anak saya dpt 5A...tp masa anak saya tunjuk result tuh kat sana smbil menangis gembira...airmata saya mengalir jugak akhirnya dan sebak sgt2...sbb saya tahu anak saya mmg berusaha gigih utk dapatkannya....dan saya sgt gembira bila melihat anak saya gembira dgn hasil usaha dia selama nih.
 
Saya bukanlah jenis yg terlalu push anak utk dpt result yg cemerlang..apa yg penting bagi saya ialah anak saya dpt dibentuk sahsiah peribadi dirinya....tahu akan kepentingan ilmu...matang dlm membuat keputusan dan tahu akan arah tuju matlamat hidup dirinya...itu yg lebih utama sebenarnya...kerana ramai yang berjaya dan  mempunyai kerjaya yang sgt baik tetapi akhlaknya tidak dpt dibentuk dgn sempurna maka ilmu yg diperolehi tidak dpt disalurkan dan dimanfaatkn dengan sebaik-baiknya.
 
Apa yg ditulis nih bknlah bermakna saya org yang cukup hebat dlm mendidik anak2...masih terlalu byk kelemahan dan kekurangan ilmu yang perlu saya cari...semoga Allah beri kita petunjuk dan bantuan agar kita dapat menjalankan amanah mendidik anak2 kita dengan sempurna....inshaAllah.
 

 
 
 
 
 
 
Bergambar bersama guru kelas atiqah.. Pn. Nora...seorang guru yang cukup berdedikasi dan sgt gigih dlm mendidik anak2 muridnya....hanya Allah yang mampu membalas segala budi baiknya....

 


Santai2 hujung minggu

Assalamualaikum.....
 
huhuhu...dah hampir 2 minggu rasanya saya tk bukak/update blog nih.....rindu nk baca celoteh kawan2...mmg sibuk sgt kebelakangan nih dan mood nk menulis pon tk der sebab terlalu penat...lepas tuh time cuti sekolah nih mmg segala hp, computer, laptop, ipad..sumer anak2 dah conquer...
 
haaa...nih kisah 9/11 yang lepas...kebetulan abah ada appointment kt hosp sg buloh so saja2 la ajak adik beradik yg dekat2 nih berkumpul kt rumah....mmg dh lama sbnrnya tk berkumpul ramai2...masing2 terlalu sibuk dgn urusan masing2...nih pon tk dpt berkumpul semua gak...sorang kakak ada hal..sorang adik pun ada hal...mak lak tk dpt ikut serta sbb kaki mak masih belum baik...mak duk kt umah kakak kt Ipoh.
 
Ajak diorg dtg hari sabtu...tp sabtu pagi tuh baru la nk pegi pasar borong selayang..pastuh pegi lak celcom sbb nk settlekn urusan tepon...balik rumah mula la kelam kabut nk masak sumer bagai...so mmg tk sempat nk candid bagai...yg sempat nih pon kuah laksa jer sbb dh masak siap2 mlmnya...kikiki. Alhamdulillah tghari tuh sempat gak la prepare lauk pauk yg simple2 jer utk diorg...


tgh masak kuah laksa

balance kek yg sempat snap



malamnya lak... en suami belanja pizza






abah ckp sedap lagi masakan mak dr pizza nih...hehe...selera org tua mmg tk leh terima pizza nih ..

siap angkut bwk dlm bilik...huhu..abaikn yg sepah2 tuh yer...biasalah kalo dh berkumpul ramai2..
 

geng2 kenit nih mmg suka la cari port yg pelik2 sket...atas tangga pon boleh....hehe
 


lepas makan layan kartun plak...


Gambar geng anak2 dara tk dpt diuploadkn kt sini sbb gambar tak tutup aurat...sorry yer anak ibu atiqah n the gang...


Petang ahad esoknya masing2 berangkat pulang....walaupun penat tp cukup puashati dan sgt2 gembira sbb dpt berkumpul, mkn sama2...sembang sama2...dan seronok bila tgk gelagat anak2 yg riang gembira bila dpt jumpa sepupu sepapat diorang...






Thursday, 7 November 2013

Sambal Sotong Basah

Hari nih tk sempat pegi pasar pagi...pegi pasaraya kat area sini jer...tgk ikan2 sumer mcm tk fresh jer...so nk tk nk beli jer lah sotong kering nih...rege pon tklah mahal sgt...disebabkn anak2 tk berapa nk mkn sotong kering nih...beli lah sket ayam..buat masak tomyam....masakan yg mudah dan disukai anak2. Macam tk brapa nk matching jer menu nih...yg pnting ada menu yg husb suke...ada menu yg anak suke....syukur pada Allah atas rezeki yang dikurniakan...jom makan...(ekekeke dh ngap pon...baru upload..huhu)
 
 
Sambal Sotong Basah
 
 
 
Tomyam Ayam
 



Kobis Kicap
 
 


 

 


Menu Malas...

Dah lama tak update pasal menu....bz sket 2-3 hari nih...gambar nih dh snap hari sabtu lepas...tp tk sempat nak upload kat sini. Sabtu lepas mmg la tersangat malas...nk makan kt luar pon rasa malas...so masak jer lah apa yang ada dlm fridge...tadaaaa...semuanya versi daging...ikan pekasam tuh pon dh mcm hangit sket...kikikiki...layan jer lah kan....
 
 
 
Daging Masak Kicap
 
 

Daging Bakar
 
 

Air Asam
 
 
Ulam Timun
 
 
 
Ikan Pekasam



Rukun Solat/Sembahyang

Back to the BASIC!! Kekadang penahkan kita terlihat org yang solat..tapi mulutnya tak berkumat kamik pun ketika membaca surah al-fatihah dan surah2 pilihan yang lain...dan kadangkala ada orang yang tahu solat..sempurna solatnya tapi tak tahupun mana yang rukun...mana yg hukumnya wajib...mana yang hukumnya sunat....dan inilah yang dikatakan ibadat yang dilakukan secara ikut-ikutan tanpa ilmu yang sempurna dan alangkah ruginya kerana ibadat yang dilakukan itu menjadi tidak sah.
 
 
13 RUKUN SOLAT
  1. Niat dalam hati
  2. Takbiratulihram
  3. Berdiri dengan betul
  4. Membaca al-fatihah
  5. Rukuk serta tamakninah
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahiyat akhir
  11. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  12. Salam pertama
  13. Tertib
......................................................................................................................................................................
 
Rukun2 Solat ini dibahagikan pula kepada 3 kategori iaitu Rukun Qalbi, Rukun Qauli dan Rukun Fi'li.
 
Rukun Qalbi
Lintasan dalam hati
  • niat

Rukun Qauli
Diucapkan dengan lidah
  • Melafaz takbiratulihram sewaktu mengangkat takbir
  • Membaca al-fatihah
  • Membaca tahiyat atau tasyahud akhir
  • Membaca selawat atas Nabi SAW pada tahiyat akhir
  • Mengucapkan salam yang pertama ke kanan

Rukun Fi'li
Perbuatan yang dilakukan
  • Berdiri tegak
  • Rukuk
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud
  • Duduk ketika membaca tahiyat akhir.
...................................................................................................................................................................

PERKARA2 SUNAT DALAM SOLAT
Perkara2 sunat dalam solat pula terbahagi kepada dua iaitu Sunat Haiah dan Sunat Ab'adh. Sunat Haiah jika ditinggalkan tidak menjadi apa-apa sebaliknya jika Sunat Ab'adh ditinggalkan maka disunatkan melakukan sujud sahwi.


Sunat Haiah

1. Mengangkat tangan
  • ketika takbiratulihram
  • ketika hendak rukuk
  • ketika iktidal
  • ketika bangun pada rakaat ketiga (selepas tahiyatul awal)
2. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
-hikmahnya berbuat begini untuk menetapkan kedua-dua tangan supaya tidak bergerak ke sana ke sini.

3. Membaca doa tawajuh/iftitah

4. Membaca A'uzubillah : Taawuz

5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-fatihah
  • Membaca dengan kuat al-fatihah pada 2 rakaat yang pertama dalam solat maghrib, isyak, subuh, solat jumaat, sunat hari raya, gerhana bulan, minta hujan, tarawih, witir dan solat untuk mengerjakan tawaf (disunatkan pada kaum lelaki)
  • Disunatkan pula membaca al-fatihah dan surah dengan perlahan pada tempat selain daripada yang diatas.
6. Membaca 'amin' selepas al-fatihah
  • sunat berhenti sebentar sebelum membaca amin (perkenankanlah)
  • amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata 'Ya Allah, ampunkanlah bagi orang2 yang berkata 'amin'.
7. Membaca surah al-quran
  • disunatkan membaca surah al-quran walaupun pendek, selepas al-fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan.
8. Membaca takbir ketika rukuk
  • membaca takbir ketika rukuk dan baca bacaan berikut ketika bangun drpd rukuk (iktidal)

  • dan semasa iktidal sunat membaca

 
9. Membaca tasbih ketika rukuk
10. Membaca tasbih ketika sujud
11. Meletakkan kedua-dua tangan diatas paha dengan melepaskan kesemua jari-jari
  • melepaskan jari-jari ketika duduk antara dua sujud tetapi semasa tahiyat awal dan akhir disunatkan tangan kanan digenggamkan dan melepaskan jari telunjuk dan mengangkat jari telunjuk semasa syahadah sehingga habis bacaan.



     
12. Duduk iftirasy
  • Duduk iftirasy pada duduk antara dua sujud dan tahiyat awal


 
13. Duduk Tawaruk
  • Duduk pada tahiyat akhir


     
14. Salam kedua



Sunat Ab'adh
  1. Tahiyat awal
  2. Selawat dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat/tasyahud
  4. Doa qunut pada rakaat kedua solat Subuh dan pada solat witir yg terakhir sejak malam 15 hingga bulan ramadhan
  5. Selawat dalam qunut
  6. Berdiri semasa berqunut
  7. Selawat ke atas keluarga Nabi pada masa tahiyat akhir.








 

Monday, 4 November 2013

Got it !! Minyak Habbatus Sauda

Tadaaaaa....!!! Akhirnya en suami belikan jugak minyak habbatus sauda nih....mmg sgt senang utk dimakan sbb dipack dlm bentuk capsule...dulu mak sedara penah beli gak minyak habbatus nih tp dipack dalam botol...so kalo nak minum kena guna sudu...atau boleh mix dlm mana2 minuman kita. Bagi sesiapa yang jenis spesis mcm saya....spesis yg susah mkn ubat...saya syorkan beli yg jenis capsule macam nih...
 
Minyak 'Minsyam' nih mmg 100% minyak habbatus sauda dan diproses secara 'cold-pressed'. Dalam satu pack tuh ada 20 biji capsule dan berharga RM12.00/pack. Dimakan 2 biji capsule setiap hari.
 
Boleh refer kat sini utk baca semula entry saya berkenaan khasiat minyak habbatus sauda nih.



Saturday, 2 November 2013

Tujuh Lapisan Bumi

 
Firman Allah:
 
"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan daripada (penciptaan) bumi seperti itu. Perintah Allah berlaku terus menerus di antara langit dan bumi. Supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu"
 
(Surah al-Talaq:12)
 
 
 
 
 
Teori awal ahli saintis adalah bahawa bumi hanya mempunyai 3 lapisan sahaja, kemudiannya timbul pula teori yang mengatakan bumi mempunyai 5 lapisan. Akhirnya US Geological Survey telah melakukan kajian terhadap perut bumi dengan kaedah gelombang seismos (seismic) dan hasilnya jelas menunjukkan bahawa bumi terdiri daripada 7 lapisan...seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah dalam surah al-Talaq.
 
 
Lapisan 1 (Kerak-Crust)
Lapisan paling atas yang terdiri daripada batu-batu granit dan batu batuan asas yang lain.
 
Lapisan 2 (Litosfera-Litosphere)
Ketebalannya adalah diantara 5-8km dibawah permukaan laut. Kedalamannya pula mencapai 60-180km dan terletak sejauh 120km dibawah permukaan bumi. Merupakan kerak batuan yang dibatasi oleh gelombang getar yang disebut sebagai Mohorovicic Discontinuity.
 
Lapisan 3 (Astenosfera-Asthenosphere)
Lapisan keras yang berkedalaman kira-kira 270km. Terdapat gelombang getar pada kedalaman 400km yg memisahkan lapisan ini dengan lapisan Upper Mantle.
 
Lapisan 4 (Upper Mantle)
Ia adalah lapisan lembut yang memiliki kepadatan yang sangat tinggi. Kadar gabungannya hanya mencapai 1% dan kerana itu ia dipanggil lapisan lembut bumi. Kedalaman lapisan ini mencecah sehingga 400km di bawah permukaan bumi.
 
Lapisan 5 (Lower Mantle)
Satu lapisan keras yang mengelilingi lapisan lembut Outer Core. Ketebalannya mencapai 2900km dibawah permukaan bumi.
 
Lapisan 6 (Outer Core)
Lapisan ini meliputi Centrosphere. Berkeadaan elastic dan lembut serta mengandungi kandungan kimia yang sama dengan bahagian Centrosphere. Bersifat semi cair dan tidak keras seperti Centrosphere. Ketebalannya mencecah 2275km.
 
Lapisan 7 (Inner Core/Centrosphere)
Bahagian ini adalah bahagian yang sangat keras dan mengandungi 90% besi, 9% nikel dan 1% komponen-komponen ringan yang lain seperti karbon, fosforus, sulfat, silicon dan oksigen. Diameternya mencapai 24.2km dan kepadatannya mencapai 10-13.5gram/cm3.

 
 
 
 

33 Days Lucky Draw Birthday Giveaway by AtienStory

http://atienstory.blogspot.com/2013/11/33-days-lucky-draw-birthday-giveaway-by.html
 
 
 
Happy Birthday Sweet Atien yang ke-33!!! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagiaan dan kebaikan didunia dan akhirat dan semoga sentiasa dalam rahmatNya...amiin.
 
 
**Jom support atien dan sertai giveaway nih yang tamat pada 3/12/2013. Untuk keterangan lanjut boleh click pada banner yer....tq!!