Thursday, 7 November 2013

Rukun Solat/Sembahyang

Back to the BASIC!! Kekadang penahkan kita terlihat org yang solat..tapi mulutnya tak berkumat kamik pun ketika membaca surah al-fatihah dan surah2 pilihan yang lain...dan kadangkala ada orang yang tahu solat..sempurna solatnya tapi tak tahupun mana yang rukun...mana yg hukumnya wajib...mana yang hukumnya sunat....dan inilah yang dikatakan ibadat yang dilakukan secara ikut-ikutan tanpa ilmu yang sempurna dan alangkah ruginya kerana ibadat yang dilakukan itu menjadi tidak sah.
 
 
13 RUKUN SOLAT
  1. Niat dalam hati
  2. Takbiratulihram
  3. Berdiri dengan betul
  4. Membaca al-fatihah
  5. Rukuk serta tamakninah
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahiyat akhir
  11. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  12. Salam pertama
  13. Tertib
......................................................................................................................................................................
 
Rukun2 Solat ini dibahagikan pula kepada 3 kategori iaitu Rukun Qalbi, Rukun Qauli dan Rukun Fi'li.
 
Rukun Qalbi
Lintasan dalam hati
  • niat

Rukun Qauli
Diucapkan dengan lidah
  • Melafaz takbiratulihram sewaktu mengangkat takbir
  • Membaca al-fatihah
  • Membaca tahiyat atau tasyahud akhir
  • Membaca selawat atas Nabi SAW pada tahiyat akhir
  • Mengucapkan salam yang pertama ke kanan

Rukun Fi'li
Perbuatan yang dilakukan
  • Berdiri tegak
  • Rukuk
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud
  • Duduk ketika membaca tahiyat akhir.
...................................................................................................................................................................

PERKARA2 SUNAT DALAM SOLAT
Perkara2 sunat dalam solat pula terbahagi kepada dua iaitu Sunat Haiah dan Sunat Ab'adh. Sunat Haiah jika ditinggalkan tidak menjadi apa-apa sebaliknya jika Sunat Ab'adh ditinggalkan maka disunatkan melakukan sujud sahwi.


Sunat Haiah

1. Mengangkat tangan
  • ketika takbiratulihram
  • ketika hendak rukuk
  • ketika iktidal
  • ketika bangun pada rakaat ketiga (selepas tahiyatul awal)
2. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
-hikmahnya berbuat begini untuk menetapkan kedua-dua tangan supaya tidak bergerak ke sana ke sini.

3. Membaca doa tawajuh/iftitah

4. Membaca A'uzubillah : Taawuz

5. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-fatihah
  • Membaca dengan kuat al-fatihah pada 2 rakaat yang pertama dalam solat maghrib, isyak, subuh, solat jumaat, sunat hari raya, gerhana bulan, minta hujan, tarawih, witir dan solat untuk mengerjakan tawaf (disunatkan pada kaum lelaki)
  • Disunatkan pula membaca al-fatihah dan surah dengan perlahan pada tempat selain daripada yang diatas.
6. Membaca 'amin' selepas al-fatihah
  • sunat berhenti sebentar sebelum membaca amin (perkenankanlah)
  • amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata 'Ya Allah, ampunkanlah bagi orang2 yang berkata 'amin'.
7. Membaca surah al-quran
  • disunatkan membaca surah al-quran walaupun pendek, selepas al-fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan.
8. Membaca takbir ketika rukuk
  • membaca takbir ketika rukuk dan baca bacaan berikut ketika bangun drpd rukuk (iktidal)

  • dan semasa iktidal sunat membaca

 
9. Membaca tasbih ketika rukuk
10. Membaca tasbih ketika sujud
11. Meletakkan kedua-dua tangan diatas paha dengan melepaskan kesemua jari-jari
  • melepaskan jari-jari ketika duduk antara dua sujud tetapi semasa tahiyat awal dan akhir disunatkan tangan kanan digenggamkan dan melepaskan jari telunjuk dan mengangkat jari telunjuk semasa syahadah sehingga habis bacaan.



     
12. Duduk iftirasy
  • Duduk iftirasy pada duduk antara dua sujud dan tahiyat awal


 
13. Duduk Tawaruk
  • Duduk pada tahiyat akhir


     
14. Salam kedua



Sunat Ab'adh
  1. Tahiyat awal
  2. Selawat dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat/tasyahud
  4. Doa qunut pada rakaat kedua solat Subuh dan pada solat witir yg terakhir sejak malam 15 hingga bulan ramadhan
  5. Selawat dalam qunut
  6. Berdiri semasa berqunut
  7. Selawat ke atas keluarga Nabi pada masa tahiyat akhir.








 

4 comments:

  1. tq sebab sharing.. boleh ke nak copy? tma kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama leen...boleh aje..tk der masalah..:)

      Delete
  2. Alhamdulillah... sharing is caring... ;)

    ReplyDelete