Monday, 25 November 2013

Tempat Yang Haram Dilawati


Hukum HARAM sekiranya kita sengaja melawati negeri-negeri kaum terdahulu yang telah Allah binasakan kerana kekafiran mereka. Namunpun demikian sekiranya berniat untuk mengambil pengajaran, maka DIHARUSKAN dengan syarat tidak terlalu lama berada di kwsn tersebut.

Ketika Rasulullah melintasi Hijr (tempat kaum Thamud) dlm perjalanan ke Tabuk, Baginda bersabda;
"Janganlah engkau memasuki tempat bangsa-bangsa yang diazab ini melainkan sambil menangis agar tidak menimpa kamu apa yang menimpa mereka" Lalu Bagin da menutup wajahnya, lalu mempercepatkan langkah kenderaannya hingga meninggalkan tempat tersebut" Riwayat al-Bukhari dan Muslim.



Tempat Larangan

Madyan (Arab Saudi)
 Allah menghancurkan negeri Madyan kerana mengingkari dakwah Nabi Syuaib

Ashabulukhdud (Arab Saudi)
Raja Himyar membunuh kaum Mukminin, lalu Allah menghancurkan negeri mereka.

Hijr (Arab Saudi)
Allah membinasakan kaum Thamud kerana mendustakan dakwah Nabi Soleh.

Ahqaf (Yaman)
Allah membinasakan kaum 'Ad kerana mendustakan dakwah Nabi Hud.



Sumber Rujukan : Majalah al-Ustaz

No comments:

Post a Comment