Saturday, 2 November 2013

Tujuh Lapisan Bumi

 
Firman Allah:
 
"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan daripada (penciptaan) bumi seperti itu. Perintah Allah berlaku terus menerus di antara langit dan bumi. Supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu"
 
(Surah al-Talaq:12)
 
 
 
 
 
Teori awal ahli saintis adalah bahawa bumi hanya mempunyai 3 lapisan sahaja, kemudiannya timbul pula teori yang mengatakan bumi mempunyai 5 lapisan. Akhirnya US Geological Survey telah melakukan kajian terhadap perut bumi dengan kaedah gelombang seismos (seismic) dan hasilnya jelas menunjukkan bahawa bumi terdiri daripada 7 lapisan...seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah dalam surah al-Talaq.
 
 
Lapisan 1 (Kerak-Crust)
Lapisan paling atas yang terdiri daripada batu-batu granit dan batu batuan asas yang lain.
 
Lapisan 2 (Litosfera-Litosphere)
Ketebalannya adalah diantara 5-8km dibawah permukaan laut. Kedalamannya pula mencapai 60-180km dan terletak sejauh 120km dibawah permukaan bumi. Merupakan kerak batuan yang dibatasi oleh gelombang getar yang disebut sebagai Mohorovicic Discontinuity.
 
Lapisan 3 (Astenosfera-Asthenosphere)
Lapisan keras yang berkedalaman kira-kira 270km. Terdapat gelombang getar pada kedalaman 400km yg memisahkan lapisan ini dengan lapisan Upper Mantle.
 
Lapisan 4 (Upper Mantle)
Ia adalah lapisan lembut yang memiliki kepadatan yang sangat tinggi. Kadar gabungannya hanya mencapai 1% dan kerana itu ia dipanggil lapisan lembut bumi. Kedalaman lapisan ini mencecah sehingga 400km di bawah permukaan bumi.
 
Lapisan 5 (Lower Mantle)
Satu lapisan keras yang mengelilingi lapisan lembut Outer Core. Ketebalannya mencapai 2900km dibawah permukaan bumi.
 
Lapisan 6 (Outer Core)
Lapisan ini meliputi Centrosphere. Berkeadaan elastic dan lembut serta mengandungi kandungan kimia yang sama dengan bahagian Centrosphere. Bersifat semi cair dan tidak keras seperti Centrosphere. Ketebalannya mencecah 2275km.
 
Lapisan 7 (Inner Core/Centrosphere)
Bahagian ini adalah bahagian yang sangat keras dan mengandungi 90% besi, 9% nikel dan 1% komponen-komponen ringan yang lain seperti karbon, fosforus, sulfat, silicon dan oksigen. Diameternya mencapai 24.2km dan kepadatannya mencapai 10-13.5gram/cm3.

 
 
 
 

9 comments:

  1. salam
    kita je tak sedar semua ilmu dah terkandung dalam al quran
    nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....betul2....masih byk yg perlu kita pelajari kn...

      Delete
  2. :) Ida...very good info. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome awien...nnti update lg pasal kebun...suke baca..:)

      Delete
  3. Uiks..teringat kelas Geography.. :-) good one

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..dulu aku paling tk minat geography..dh tua baru minat nk blajar bagai...

      Delete
  4. Sesungguhnya Al quraan itu lengkapkan Ida....nampak sudah terbukti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah...byk sgt ilmu2 sains nih membuktikan kebenaran Al-quran...

      Delete