Wednesday, 11 December 2013

Adab-adab musafir yang sunat dilakukan




 
 
 
Musim2 cuti sekolah nih mesti ramai yg bawak anak2 dan family pergi bercutikan....so saja2 share kat sini adab-adab musafir yang sunat dilakukan...sambil2 bercuti..boleh kita tambahkan lagi pahalakan...InshaAllah....
 
Berikut diantara perkara-perkara sunat yang boleh kita amalkan.
 
1) Memulakan perjalanan pada hari Khamis
Rasulullah suka memulakan perjalanannya pada hari Khamis (Riwayat al-Bukhari)
 
2) Memulakan perjalanan pada waktu malam
Rasulullah bersabda "Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam" (Riwayat Abu Dawud)
 
3) Tidak bermusafir sendirian
Rasulullah mengingatkan; "Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana yang aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian" (Riwayat al-Bukhari)
 
4) Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga
Amalkan doa Rasulullah: "Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah mensia-siakan simpanan yang ditinggalkan kepadaNya" (Riwayat Ahmad)
 
5) Berdoa ketika bermusafir
Sabda Rasulullah: "Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya." (Riwayat al-Tirmizi)
 
6) Segera pulang apabila urusan sudah selesai
Rasulullah menyatakan: "Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 
 
 


2 comments:

  1. Salam.
    wahh info yg sgt berguna:)

    ReplyDelete
  2. Hi. I really enjoyed my brief visit on your site and I’ll be sure to be back for more.
    Can I contact your through your email?

    Please email me back.

    Thanks!
    Kevin
    kevincollins1012 gmail.com

    ReplyDelete