Friday, 15 May 2015

Mari mengunting rambut

Nasib baik rambut anak2 saya lurus dan nipis...so mudahlah sket nak gunting...tapi anak2 pompuan je la berani...untuk anak2 lelaki still hantar kedai..walaupon tk secantikmana tapi puashati dan gembira sebab dapat potong sendiri rambut anak2...dan anak2 pon mmg lebih suka ibu diorg sendiri potong berbanding pegi ke kedai...



                 Aqilah dan Aliah




Yang nih pon nak suruh potong...tak tau la apa yang nak dipotong...acah2 je la potong...😝😝😝


Saturday, 9 May 2015

Resepi Rendang Tok Marbeles




RENDANG DAGING TOK 

Bahan:

- 1kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
- 1 1/2biji kelapa
- 1 paket kerisik dan sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan   disangai)
- 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 7 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka- boleh agak2 kemanisan yang kta nak
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis


Bahan disangai (goreng tanpa minyak)

- 1 1/2 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan biji ketumbar


Bahan kisar

- 20 biji cili kering (rendam dulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sm lengkuas
- 3 batang serai
- 5 sm halia
- 3 sm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi


Caranya

- Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
- Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan    kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
- Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
- Masukkan santan, gula melaka/kabung, garam, separuh dar kerisik, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu'
- Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.




===> Saya masak tak letak pon daun salam ngan kepingan kelapa tuh...tapi rasa tetap marbeles.


Wednesday, 29 April 2015

Resepi Puding Jagung Berkuah Kastard



Assalamualaikum semua...
Tadaaaa....dah lama tak jejak blog nih....kekok pon ada nak guna balik...so sebagai pembuka semangat baru...saya kongsi la resipi yang saya ambil dari fb dan telah dicuba sendiri....memang sedap, mudah dan sangat digemari oleh anak2 kita....so apalagi...meh cuba resepi nih..




Puding Jagung Berkuah Kastard

Bahan2 Puding
1cwn tepung kastard
3sb tepung jagung
3/4cwn gula
1tin susu cair
1tin jagung krim
2 1/2cwn air

Cara2nya
Campur semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
Masak diatas api sambil sentiasa dikacau hingga puding likat dan berkilat.
Masukkan kedalam acuan, sejukkan terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam peti ais.

Bahan2 Kuah Kastard
1tin susu cair
1sk esen vanilla
1sb tepung kastard
1bj telur
2gelas air
7sb gula

Cara2nya
Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati.
Masak di atas api sambil sentiasa dikacau sehingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan.

Hidangkan puding jagung bersama kuah kastard. Boleh la letak buah-buahan segar atau buah-buahan cocktail sebagai penyeri hidangan.