Wednesday, 29 April 2015

Resepi Puding Jagung Berkuah Kastard



Assalamualaikum semua...
Tadaaaa....dah lama tak jejak blog nih....kekok pon ada nak guna balik...so sebagai pembuka semangat baru...saya kongsi la resipi yang saya ambil dari fb dan telah dicuba sendiri....memang sedap, mudah dan sangat digemari oleh anak2 kita....so apalagi...meh cuba resepi nih..




Puding Jagung Berkuah Kastard

Bahan2 Puding
1cwn tepung kastard
3sb tepung jagung
3/4cwn gula
1tin susu cair
1tin jagung krim
2 1/2cwn air

Cara2nya
Campur semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
Masak diatas api sambil sentiasa dikacau hingga puding likat dan berkilat.
Masukkan kedalam acuan, sejukkan terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam peti ais.

Bahan2 Kuah Kastard
1tin susu cair
1sk esen vanilla
1sb tepung kastard
1bj telur
2gelas air
7sb gula

Cara2nya
Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati.
Masak di atas api sambil sentiasa dikacau sehingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan.

Hidangkan puding jagung bersama kuah kastard. Boleh la letak buah-buahan segar atau buah-buahan cocktail sebagai penyeri hidangan.


 

7 comments:

  1. bestnya dapat buat sendiri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la ida haryanti..senang bangat...

      Delete
  2. Tak perlu pakai agar-agar ya? Menarik ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah tak perlu....cuba la nanti

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Best sgt..sy dh cube..nnti nk buat lg..tq for the recipe..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete